Monday, 9 May 2016

Genggaman kasihmu


Alhamdullilah segalanya selesai. Penantian aku membuahkan hasil. Tangan yang salu membelai aku, mengusap lembut helaian rambut aku kini masih mengenggam kasihnya padaku. Sebenarnya sewaktu dia keliru, aku hampir nekad dan goyah bila mana aku berfikir aku mungkin dilepaskan. Memikirkannya sahaja cukup membuatkan aku mengalir air mata dalam diam. Sebenarnya aku masih mencintai dan menyayangi dirinya cuma aku waswas adakah aku pilihannya. Aku tersenyum bahagia saat dia mengucapkan cinta. 

"Pa, ada berita happy untuk ma. Pa official milik ma, ma dah xpayah menangis. Pa dah tak nak kapel dua, penat. Pa nak jaga ma dan cintakan ma ja. I love u syg", ucapan pau yang ringkas tapi mampu membuatkan aku mengalir air mata.

Hanya aku sahaja tahu betapa bertinya kata-kata keramat tu. Aku bahagia. Jujur terlalu bahagia. Hubungan kami sudah dua bulan lebih, ada yang mempertikaikannya. Eh baru dua bulan lebih tapi bangga sana sini. Yes, dua bulan lebih tapi dugaan relay aku ibarat sudah bersama bertahun. Kata orang pelangi muncul setelah hujan, ianya sangat indah. Begitu juga hidup aku, bahagia kembali selepas diduga. Kesabaran dan penantian aku kini bermakna. Aku berharap aku kekasihnya terakhir sehingga kami bertemu yang halal. Sejujurnya, aku sendiri tak penah terlintas akan mencintai seorang pengkid sedalam ini. Seorang yang asing, bercinta selepas taken malah bersama dan jatuh cinta. Tak ku menduga perjalanan cinta aku dan dia penuh kejutan dan dugaan. Apapun untuk segala yang terjadi aku bersyukur. Selamat kembali pau, masih lagi saya mencintai orang yang sama iaitu awak.

Aku masih lagi riska yang kau cintai

Yes, pau. Saya masih lagi insan yang sama yang mencintai awak. Saya tak penah berubah, sedikit pun hati saya tak berubah dan masih memandang cinta awak. Saya tahu, cinta ni terlarang dan lebih tahu kita tak mampu bahagia ke alam pernikahan tapi cukup sekadar awak ada membahagiakan saya dan andai satu saat nanti saya kembali ke fitrah sejati awak akan sentiasa ada sebagai sahabat terbaik. Seringkali saya dan awak mempersoalkan perubahan antara kita tapi ketahuilah saya masih kekasih yang awak cinta. Masih seorang yang manja dan penyayang. Maybe awak juga masih sama tapi kerana cemburu hati saya menjadi buta. Saya terlalu rindukan awak, biarpun desas desus mengatakan awak pengkid tak guna dan saya terlalu bodoh untuk menyedarinya saya xkisah. Sebab saya dah terlalu menyayangi awak. Mereka salah bila mengatakan awak xguna, awak berguna dan baik untuk saya. Maybe saya yang memberi tekanan pada awak saat awak keliru. Maaf bila saya melukai awak, sejuta kali maaf papa. Ini kerana saya terlalu takot kehilangan awak, saya terlalu cintakan awak walaupun saya takot kehilangan. Kerana saya masih bertahan demi cinta dan sayang antara kita. If awak cakap saya berubah dan xbahagia hidup bersama awak. Awak silap sangat, terlalu silap. 24/2/2k16 sehingga hari ni, saya masih bahagia saya masih merindui dan menyintai insan yang sama tapi andai saya mampu berdua ia buatkan saya lebih bahagia. Jujur hati ni terlalu rindu dalam keadaan yang sakit membuatkan saya merindui awak lebih pau. Tapi saya telah berjanji dan janji harus dikotakan. Amik r masa awak, saya masih disini. Masih menanti seorang kekasih ditempat yg sama. Masih lagi kau yang aku cinta.