Alhamdullilah segalanya selesai. Penantian aku membuahkan hasil. Tangan yang salu membelai aku, mengusap lembut helaian rambut aku kini masih mengenggam kasihnya padaku. Sebenarnya sewaktu dia keliru, aku hampir nekad dan goyah bila mana aku berfikir aku mungkin dilepaskan. Memikirkannya sahaja cukup membuatkan aku mengalir air mata dalam diam. Sebenarnya aku masih mencintai dan menyayangi dirinya cuma aku waswas adakah aku pilihannya. Aku tersenyum bahagia saat dia mengucapkan cinta.
"Pa, ada berita happy untuk ma. Pa official milik ma, ma dah xpayah menangis. Pa dah tak nak kapel dua, penat. Pa nak jaga ma dan cintakan ma ja. I love u syg", ucapan pau yang ringkas tapi mampu membuatkan aku mengalir air mata.
Hanya aku sahaja tahu betapa bertinya kata-kata keramat tu. Aku bahagia. Jujur terlalu bahagia. Hubungan kami sudah dua bulan lebih, ada yang mempertikaikannya. Eh baru dua bulan lebih tapi bangga sana sini. Yes, dua bulan lebih tapi dugaan relay aku ibarat sudah bersama bertahun. Kata orang pelangi muncul setelah hujan, ianya sangat indah. Begitu juga hidup aku, bahagia kembali selepas diduga. Kesabaran dan penantian aku kini bermakna. Aku berharap aku kekasihnya terakhir sehingga kami bertemu yang halal. Sejujurnya, aku sendiri tak penah terlintas akan mencintai seorang pengkid sedalam ini. Seorang yang asing, bercinta selepas taken malah bersama dan jatuh cinta. Tak ku menduga perjalanan cinta aku dan dia penuh kejutan dan dugaan. Apapun untuk segala yang terjadi aku bersyukur. Selamat kembali pau, masih lagi saya mencintai orang yang sama iaitu awak.

No comments:
Post a Comment