Penantian sememangnya sesuatu yang menyakitkan. Kita tahu, kita rasa tapi kita masih memilih bertahan kerana cinta. Bukan kerana kita bodoh tapi terlalu cinta. Ada ketika aku berfikir mengapa aku bertahan diatas luka? Menuntut hak aku yang semakin hilang. Tamak? Yes, hati aku digelapkan dengan rasa tamak. Apakah ia satu dosa mempertahankan orang yang aku cintai. Meluahkan atau memendam? Bertahan atau melepaskam? Semakin difikir semakin sakit dengan kenyataan bahawa hakikatnya kau orang asing. Mungkin aku yang salah ingin mempercayai apa yang hati aku mahu bukan kebenaran yang berlindung disebalik penipuan. Setiap masa hati aku bergelut dengan hakikat siapa aku. Andai aku bukan yang kau cinta, mengapa masih kau mengenggam tangan aku. Aku cuba menghilangkan diri seperti yang kau mahu tapi, hati aku bergelut dengan rasa rindu. Siapa sangka hidup ini terlalu banyak jalan ceritanya? Kita yang asing, menjadi partner dan kita yang dahulu bahagia semakin jauh. Bahagia yes aku bahagia, cuma kebahagian aku tak seperti dulu bila aku diduakan. Ada ketika aku seperti orang asing, ada ketika kau begitu cinta dan ada ketika kau seolah xmampu kehilangan aku. Manusia berubah tapi aku? Masih lagi sama, menanti orang yang sama dan menyintai orang yang sama. Apakah kerana setia? Seringkali istilah setia tu digantikan dengan erti bodoh oleh teman-temanku. Katanya, mana ada perempuan sanggup diduakan. Mana ada wanita even jika diamenghalalkan hubungannya yang sanggup bermadu. Kau bodoh RISKA! Namun kata-kata mereka hanya mampu aku telan dan hadam bersama airmata. Menangis? Terlalu letih untuk menangis dan bermain jiwa, hati aku terlalu lelah untuk semua tu. Aku cuba menindakkan kewujudan si dia tapi dia acap kali cuba menyakiti aku kerana kelemahan aku. Adakah aku yang tak mampu berikan yang terbaik sehingga hati kau berpaling? Apakah aku yang terlalu setia hingga kau bosan dan tidak tahu menghargai. Apakah aku yang meletakkan kau dalam zon selesa sehingga aku yang buatkan kau mula berubah? Apakah aku yang menjadi punca?Semakin hari, hati aku bergolak dengan rasa rindu. Ia semakin kuat tapi aku cuba menahan kerana ingin bahagia. Ada ketika aku bukan ingin mengungkit tapi hati aku menginginkan hak mutlaknya kembali walaupun aku tahu tak mungkin. Sebenarnya untuk aku mempertahankan sekuat mungkin aku telah lelah dan penat sehingga hati aku hanya berserah pada jodoh. Silap aku terlalu cinta dan sayang sehingga aku buatkan kau rasa aku tak mampu hidup tanpa kau. Apalah guna cinta yang bertahan atas dasar simpati bukannya cinta. Kepura-puraan, kesakitan dan kelemahan hati aku membuatkan aku ingin melepaskan tapi hati dan jiwa aku tak mampu. Seringkali kita bertengkar tentang hal yang sama sampai aku mulai bosan kerana pengakhirannya aku tahu seperti apa. Aku bukan ingin mengungkit cuma hati aku tamak untuk bertemu seperti masa lalu tapi kau tak memahami. Ya, tiada guna bercerita dan meluahkan tiada yang memahami hati ni baik mereka atau kau. Apakah cerita kita semakin tiba dan penghujungnya? Kemanakah hilangnya bahagia? Kemana hilangnya cinta? Aku juga ingin bahagia seperti mereka yang lain walau aku sedar untuk bahagia aku perlukan pengorbanan hati yang buatkan hati aku kemungkinan mati. Penahkah awak, merasa cemburu bila melihat ada insan lain yang mendekati cinta anda? Sakit bukan bila kita tahu ada yang cuba buat dia tersenyum tetapi kita pura-pura bodoh untuk mengelakkan pergaduhan. Cinta tidak penah kejam, cinta tidak penah dendam dan juga cinta tak seharusnya menyakitkan. Tapi mengapa itu yang terjadi, aku tidak menginginkan sesuatu berharga cukup dengan cinta dan sayang tapi ia begitu sukar untuk diperolehi. Aku menanti selagi masih ada janji dan aku akan pergi setelah aku tak diperlukan lagi dengan kata tawarnya hati. Apa gunanya if aku bertahan diatas kepalsuan? Andai satu hari nanti tiada cinta walau berat aku melangkah, aku cuba. Cuba bahagiakan diri sendiri. Penantian sememangnya perit tapi ia menjadi manis jika dihargai.

No comments:
Post a Comment