Tuesday, 19 April 2016

Salam perkenalan


Salam perkenalan buat semua. Sebenarnya tak penah terlintas akan terhasilnya blog ni tapi dek kerana hati yang rawan aku memilih untuk menulis. Aku memilih untuk meluahkan walaupun aku tahu tiada yang mendengar. Walau aku tahu, aku akan semakin terluka. Yes, aku seorang perempuan. Tapi bukanlah perempuan biasa, aku seorang perempuan yang menyintai seorang pengkid. Aku sedar pengakuan berani mati aku ni akan menjadi kecaman bagi kaum yang straight tapi aku hanya manusia yang tak lari daripada melakukan dosa. Hati aku semakin rawan, aku semakin terluka dengan cinta songsang. Niat aku menulis bukan untuk dikecam atau dihina tapi sekadar meluahkan melepaskan bebanan dihati yang aku rasa semakin berat. Jujur aku tak kuat! Hidup dalam dunia songsang ni bukanlah perkara yang baru bagi aku sebab aku dah terjebak dari usia yang muda dek kerana keluarga dan adik-beradik aku semuanya adalah PEREMPUAN. Seusia aku 14 tahun lagi aku telah bersama seorang perempuan yang lebih tua daripada aku, Mulanya kerana aku kecewa dengan sikap lelaki yang gemar mengambil kesempatan tapi akhirnya rasa simpati aku bertukar menjadi cinta sehingga aku tak mampu patah balik. Hinakah aku? Andai aku lebih kuat aku pasti bersama seorang insan yang bergelar lelaki tapi aku tak penah menyesal, aku tak penah rasa menyesal sebab segala yang terjadi ada hikmah. Manusia melakukan dosa, aku, kau dan dia kerana kita insan yang lemah. Tapi Allah tu maha penyayang dia memberi kita peluang demi peluang. Aku bersyukur selemah mana aku, aku masih ada keluarga yang sentiasa ada buat aku tersenyum.

No comments:

Post a Comment